Blog was created on 27 November 2010

Tuesday, December 14, 2010

Konvensyen Pemimpin Mahasiswa UiTM 2010


Hari tu I dah di'assign'kan bersama beberapa orang MPP, Sekretariat MPP & JPK untuk pergi ke Konvensyen Pemimpin Mahasiswa UiTM 2010 dkt UiTM Shah Alam. Konvensyen ni diadakan from 9 - 13 Disember 2010. 5 days tau, lama tu. Hehe. So kitorang kena stay dekat Kolej Mawar dalam UiTM tu, it was 4 bedded bedroom. Okay tak nak komen banyak pasal kolej tu, LOL. But I heard kolej tu dapat kolej terbaik, woot woot. Hahaha.

9 Disember 2010 (Khamis)
I arrive dengan Sab dkt UiTM pukul 4 lebih camtu. My family yg tlg htr, thanks familia tersygs! Then arrive2 je terus pergi kolej mawar & register & straight go to our bedroom. Pukul 6 kena pergi Pusat Islam UiTM (Masjid) sebab solat
Maghrib then terus ada ceramah. The whole UiTM Johor rasa tak nak naik bas pergi sana sebab nak jalan kaki pergi masjid, so dapat tengok UiTM Shah Alam. Ni semua idea abang la, kitorang ingat dekat, rupanya jauh jugak kot, tak sampai masjid lagi tapi dah banjir ketiak. Haha. Then ceramah habis dalam pukul 10 lebih camtu, solat Isyak terus balik kolej. Okay this time balik, kitorang naik bas! Yess!

10 Disember 2010 (Jumaat)
Pagi-pagi buta dah kena bangun sebab the event starts at 8 am! Naik bas pergi Dewan Annexe, then I realize cantik jugak dewan ni, tapi sejuk amat! Nasib baik ada blazer kesygan. So dorang start briefing on the whole program, lots of ceramah, seriously! Sejujurnya, I tak boleh concentrate bila dengar ceramah. Mesti akan terngantok, kalau tak memang tak sah. Petang tu terus ada ceramah, I kena jadi "usher". No, bukan Usher penyanyi yang sgt cool tu, tapi "usher" as in mengantar / tlg hantar adiah atas stage utk diberikan kpd penceramah. Hehehe. Malam tu ada dinner dengan Dato' Seri Khalid Nordin from Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Makanan malam ni memang awesome, ada ikan, ayam, daging, sayur. Okay macam-macam ada! Plus, sedaaaap.


11 Disember 2010 (Sabtu)
Weekends ade ceramah lagi, memang awesome! Huhu. Tapi petang tu ada tayangan je, dorang cakap tak wajib pun, so kitorang keluar & enjoy dekat luar UiTM! Woohoo! Kitorang makan subway & shopping dekat Giant Shah Alam je. Heheh. Then night ada ceramah lagi, pasal Sejarah pula. Weeee! -__-


12 Disember 2010 (Ahad)
Okay hari ni ada LDK (Latihan Dalam Kelas) where kitorang akan di'dividekan into different groups & kena bercampur dengan UiTM lain. I bukan tak nak bergaul dengan kawan baru, tapi I takut I dipinggirkan & takde siapa nak bercakap dengan I. Mula-mula dapat tau I dalam group 12 & takde orang yang I kenal sama group dengan I, terus mind set nak duduk dalam bilik tak nak keluar-keluar. Gosh, apa nak jadi? Haha. But then I beranikan diri jugak untuk pergi! Yes go go go! Then I terus dapat kawan, Akma nama dia, JPK UiTM Terengganu. Hehe. She is very nice, seriously. Then dalam kumpulan tu, kena divide into 4 groups plak. I still sama group dengan Akma & ada 2 lelaki tambahan. Sorang tu Fikri nama dia, MPP UiTM Pahang, then lagi sorang I lupa plak nama u, sorry dear, tapi dia JPK UiTM Pahang. Dorang ni idea melimpah-ruah, macam air. Keje I just tulis idea-idea dorang dekat kertas mahjong tu je. Huhu. Then I dapat kenal dengan groupmates Sab & Za time tea break, okay dorang kelakar. Haha.


13 Disember 2010 (Isnin)
Yes this is the day kitorang balik! Woo hoo! Pagi tu ada pembentangan resolusi dulu & forum. Then last sekali ucaptama, lepas habis je penutup! Oh yeah, event terakhir, bergambar bersama semua. Bila dah habis macam rindu la plak, awal-awal tak sabar nak habis kan? Hehe. Tapi overall okay la, I happy sebab dapat duduk & bersama my friends je, tu yang penting. :)

Team UiTM Johor 2010/2011

No comments:

Post a Comment