Blog was created on 27 November 2010

Tuesday, January 4, 2011

Mostly Dapat PTPTN RM2000+ satu sem, tapi I Dapat Berapa??

Hi. Kita berjumpa lagi dalam sesi mari save the budget. Haha. Seperti yang kita tahu, awal sem la duit PTPTN or some people duit JPA sure dah masuk, semua masyuuuuuk je. Tapi bila kena bayar itu beli ini, muka dah start berkerut. Haaa, tak payah nak berkerut! Kalau untuk ilmu, berkerut pulak, tapi bila shopping tak ingat dunia? Pesanan untuk diri sendiri dan anda. ;)

I ni PTPTN dapat sikit je, senang cerita memang untuk bayar yuran sahaja. Yuran untuk Diploma UiTM RM 440, alhamdulillah antara yang termurah di Malaysia ni, so I dapat PTPTN satu sem RM 500 sahaja. Best kan???

So lepas dah bayar yuran, my account kosong terus laa, unless my parents bank in duit. Hehe. So kira nya I still terpaksa bergantung kepada FAMA (My Father Mother) tersayang bila bab-bab membeli buku, duit belanja & etc.

Kali ni dah calculate, kena beli buku untuk mostly semua subject, total semua RM230. Dalam account I lepas tolak duit PTPTN bagi, ada berapa je la lagi. Memang duit dalam account tu cukup-cukup beli buku je. Huaaaa, kesian my parents, anak dah 20 tahun ni dorang kena sponsor jugak. Takpe, insyaAllah saya akan membalas jasa baik kedua ibu-bapaku tersayang dihari tua mereka nanti. Walaupun mereka dah pun 40+ and anda rasa mereka dah tua, tapi bagi saya mereka masih awet muda sihat bertenaga. HAHA. :)

So kawan-kawan, jangan ajak I outing or balik rumah dalam masa terdekat. Jangan ajak beli McD or Pizza Hut pun, sebab I hanya akan makan sebanyak RM 10 untuk sehari. *Kos hidup di UiTM pun tinggi jugak yea. T__T

2 comments:

  1. cukup la tu...pinjam sikit bayar pun sikit...nnt dah hbs blaja...nyesal amik bebanyak...

    ReplyDelete
  2. tu laa, alhamdulillah jgk dpt sikit. :)

    ReplyDelete