Blog was created on 27 November 2010

Saturday, January 15, 2011

MPKP

No, its not Majlis Perbandaran Kuala Pilah. HAHA. Suka ati je, MPKP dekat UiTM ni stands for Malam Pengenalan Kelab & Persatuan. Event ni anjuran MPP UiTM Johor, it gives the chance for kelab & persatuan yang ada dekat UiTM Johor ni untuk mem'promote diri tu dekat student-student baru & also student-student lama.

Event ni berlangsung on 10th January 2011 (Isnin) pukul 9 malam. But student baru ramai yang datang pukul 8 malam. Pehh, even kitorang pun datang dewan on 8.15 malam. HAHA. Tak tau nak salahkan siapa, coz dorang cakap announcement dekat kolej cakap pukul 8, so dorang datang pukul 8. Ish3, wrong information dah ni. But anyway, we manage to handle it la.


So the event start dalam pukul 9 macam tu, after dalam dewan tu dah full dengan students and all the kelab & persatuan dah ready. Tapi dalam pukul 10 macam tu, dewan tu dah penuh gila sampai keluar-luar. Pehhh, rasa macam sesak nafas kejap sebab ramai sangat. Even the seniors pun datang, aiyooo, ramai nya. Then they started to make noise, takkan kitorang ni nak jadi pengawas suruh diorang diam pulak, dah besar panjang kan, boleh fikir sendiri rasanya, kata budak universiti right? Tapi walaupun bising, it won't stop the event. Dalam pukul 10, baru 10 kelab & persatuan yang dah settle. Lagi 16?? Okay, HEP cakap kena tutup dewan by 11 pm, sempat ke? Of course la tak! Aigoooo. HAHA.


So sementara menunggu, I pergi duduk dekat belakang stage tengok Zuhri & Munir jaga montaj and timing. Best jugak keje dorang, dah la sejuk je belakang stage tu. Keje yang kena buat, pasang montaj & kalau dah 4 minit dorang membebel, bunyikan gong, kalau dah 6 or 7 minit, bunyikan buzzer. Awesome kan sebab dorang la orang paling annoying. Hahah.


Then alhamdulillah habis dalam pukul 11.15 macam tu. Tapi nak menunggu kelab & persatuan promote student-student join dorang, dah nak dekat sejam. Untuk menghalau secara baik, (eh gurau), kitorang tutup lampu dewan terus. Ye la, dah pukul 12 tapi still promote, ponat la. HAHA. Then bila semua dah blahh, kitorang la yang kutip sampah, angkat kerusi, simpan kerusi segala. Lagi penat okay.


Last macam biasa, ada post mortem. Post mortem yang takde pressure and it was so cool. Walaupun takde pressure in the whole process, but we still managed it well. So tak semestinya kena marah-marah baru kerja dibuat dengan betul. Cakap elok-elok kan lebih baik and disukai orang lain. :)


Overall, FUN but SUPER TIRED AND SLEEPY. Our last MPKP we handled it together and NO PRESSURE. :')

No comments:

Post a Comment