Semalam patutnya balik KL naik bas pukul 2.30 petang bersama 2 orang rakan comel tercinta iaitu Akma & Sab. Disebabkan kitorang comel sgt, ingat nak gerak pegi bas station pukul 2 petang. Tapi nak pergi sana sedaya upaya tak nak naik bas kuning (gedik). Then pukul 1.45 baru nak call taxi, tapi terlupa yang taxi driver pun pergi solat Jumaat! OMG. Call yang taxi driver cina, dia tak available pulak. So memang takde taxi langsung! grr grr.
Dengan penuh kesabaran, ingat nak tunggu Danial yang ada kereta Myvi Merah comel tu je habis solat Jumaat, then mintak tolong dia hantarkan pergi bas station. Tapi lepas dia dah habis solat Jumaat tu, dia cakap Tony Burpp pinjam kereta dia, nak dapat kereta balik paling awal pun pukul 2.15! Kitorang punya bas pukul 2.30 tawu! -__-'
Time tu dah macam orang mengenang nasib yang malang je dekat bawah SB, dengan bagpack yang berat sambil berbaju kurung. Huhu. Tapi tetibe nampak cahaya dari jauh yang sedang naik ke SB! Ececeh dramatik. Haha. Ternampak Is & Epy, so terus teringat yang dorang ada kereta! Terus jerit nama dorang siap lambai-lambai suruh datang dekat kitorang, tapi dorang jalan je buat bodo. T__T'
Dorang masuk je blok, terus call Is. Mintak tolong dia hantarkan pegi bas station. Tapi since teringat kereta Is kecik comel sgt, terpaksa mintak pinjam kereta Epy, tapi Is tolong drivekan sebab Epy ada hal. Dah la hujan, kereta dia park dekat luar tu. Adehh, dugaan. Tapi time ni dah bersyukur sebab ada Is & Epy, tapi dah pukul 2.20 dah pun masa ni! Haha.
Time camni memang tak dapat la nak bawak macam pemandu berhemah, terpaksa desak Is untuk bawak kereta selaju mungkin. Tapi kitorang tengok meter kereta Epy tu 0 km/j je tak bergerak, haha. Okay, faham-faham je la kan. Ehe. Dalam kereta tu dah macam orang tak betul je, dia macam 'risau + kitorang kene gelak jgk so takde la stress if kena tinggal bas nanti'.
Sampai-sampai je bas station, tengok-tengok bas KKKL tu baru sampai! Alhamdulillah! Meroyan jap dalam kereta sebab bersyukur bas tak tinggalkan kitorang. Hee. Thank you Is sebab bawak laju tapi selamat. :P
Moral of the story:
Sediakan payung sebelum hujan.
;D
P/s: bila masuk bas je, baru dapat tau yang kitorang bertiga kena duduk belakang sekali. Dah la seat belakang sekali tu tinggi, so bila brek or bumper ke, memang melantun-lantun. Nice!
nah payung.. hehe
ReplyDelete